Melayu itu bijaksana kerja muafakat urusan daya tenyata bertamadun ribuan tahun atas usaha gigih dan tekun budaya Melayu pakaian berseri pegangan Tauhid jiwa terperi bukti Melayu mengalir di jiwa teguhlah muafakat Melayu segala...

MUAFAKAT

Hari Maulidur Rasul ini dipilih sebagai tanda kesyukuran kita bahawa Rasululllah s.a.w telah membawa syiar Islam ke muka bumi ini dan seluruh umat Melayu di alam Melayu menerimanya sejak ribuan tahun lagi. Melayulah yang bertanggungjawab mempertahankan kesucian agama Islam di tanah airnya sendiri. Itulah simboliknya tarikh ini dipilih.

Semoga muafakat kita kekal sehingga ke akhir zaman
"Muafakat Membawa Berkat"
HASRAT 

Majlis Maufakat Melayu ini mengajak seluruh umat Melayu mencari jalan, berbincang dan mencetuskan buah fikiran yang baik dan kemudian melaksanakannya semoga kita dapat ;

1. Memahami dan menjiwai ketinggian nilai 'Falsafah Melayu'

2. Memahami ketinggian nilai adab dan adat Melayu

3. Memahami dan mengenal sejarah dan asal usul Melayu

4. Perihal sejarah Tanah Melayu

5. Pemimpin Melayu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik rujukan

6. Membawa semula orang Melayu kepada pegangan Islam aliran Sunnah Wal-Jamaah.



KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?