Melayu itu bijaksana kerja muafakat urusan daya tenyata bertamadun ribuan tahun atas usaha gigih dan tekun budaya Melayu pakaian berseri pegangan Tauhid jiwa terperi bukti Melayu mengalir di jiwa teguhlah muafakat Melayu segala...

HIMPUNAN MUAFAKAT


Pada setiap sambutan Maulidur Rasul 12 Rabi'ulAwal kita akan jadikan hari itu sebagai hari Perhimpunan Melayu. Tahun ini 12 Rabi'ulAwal 1441 bersamaan 9 November 2019 merupakan sambutan kali ke 4 dalam titik sejarah Bangsa Melayu.

Pada hari ini kita akan berhimpun dari pelbagai NGO Melayu, kumpulan Budaya dan keluarga-keluarga Melayu untuk menyertai perhimpunan ini sebagai tanda setuju 'Muafakat Melayu'. Membawa maksud kita orang Melayu wajar bersatu tanpa mengira aliran fahaman apa sekali pun, demi untuk survival Melayu pada hari ini dan akan datang. Kita berazam berusaha untuk kesejahteraan Melayu dan saling bantu membantu dalam serba serbi bidang agar Melayu maju dan tidak terhina mahu pun terjajah lagi. Itulah 'Muafakat Melayu' kita.

Pelbagai acara pada hari tersebut :

1. Perarakan berkompang dari pelbagai pasukan 'Muafakat Melayu'
2. Hulubalang Melayu membawa watikah
3. Persembahan seni silat dari pelbagai pertubuhan
4. Kata semangat oleh para Tokoh Agama, Sejarah & Budaya
5. Pembacaan dan nyanyian lagu Puisi semangat juang Melayu
6. Persembahan Budaya, Memanah, Kompang, Gendang
7. Majlis suai kenal serta lawatan tapak pameran dan jualan.

Tentatif Atucara Majlis (tertakluk kepada perubahan)

Tapak Perhimpunan : Perkarangan Menara Alor Setar, Kedah
Tarikh                    : 9hb November 2019 
Mula Berhimpunan  : jam 10.00 pm  -  5.30 pm
Pakaian Rasmi        : Busana Melayu / Baju ala hulubalang Melayu lengkap bertanjak
                                   atau Pakaian patut-patut Melayu/Islam 


PROGRAM ANJURAN :
Majlis Muafakat Melayu

Antara yang turut diadakan :

PERSIDANG NGO MELAYU
pada 9hb November 2019 jam 11.00 pagi


SOKONGAN :

Pihak Majlis menjemput semua NGO Melayu, kumpulan Budaya dan keluarga-keluarga Melayu untuk kita bersama-sama menyambut hari yang bersejarah ini.

Sekiranya tidak berpeluang untuk bersama, kita sarankan tetap menyambut di Negeri atau daerah masing-masing dengan cara perhimpunan yang bersesuaian dengan acara 'Muafakat Melayu'.

atau

setiap seorang Melayu segenap usia berbaju Melayu seharian ke mana sahaja pada hari itu sebagai tanda sokongan pada acara tersebut membawa maksud bahawa kita Melayu wajar berusaha bersatu demi untuk kebaikan Melayu dan Islam serta Tanah air.

"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat"


SILA SUDI TERIMA JEMPUTAN KE ACARA TERSEBUT